Saturday, March 19, 2011

~Minuman soya~

Sebenarnye artikel ni dah lame 'menepek' di inbox kat office tapi arini baru ade kesempatan utk dikongsikan utk sesapa saja yg membaca...kalo suami2 yg baca bole di sampaikan pada isteri2 anda yea...kalo si isteri @ si ibu lak ayuh same2 kite amalkan...

Pengalaman Pertama:
anak abang saya dr dalam perut mak dia selalu minum air soya..bila baby lahir pn bg susu tepung yang berasaskan soya..anak dia jd lambat berjalan & lambat bercakap..skang umur nak masuk 4 tahun pn bercakap pelat mcm budak 2 tahun..x berapa nak paham butir dia...dulu ms mula2 lahir lg saya dah pesan, minum soya byk sgt pn x bagus..tp akak ipar ckap mak dia yg suruh..so saya diam jer..so bl anak dia dah setahun lebih msh xleh berjalan, pas doktor ckp anak dia tulang x kuat sbb kurang kalsium br dia nak tukar kepada susu lembu..pas tukar susu baru tulang jd kuat ckit & boleh berjalan...


Pengalaman Kedua:

Biras saya, isteri kepada abg husband saya. Dr awal mengandung dia start minum jus kurma. Sampai baby dah lahir pun dia campurkan jus kurma dalam susu anak dia. Alhamdulillah, ms nak bersalin dia kata mudah sgt bersalin & baby dia pn mmg bijak sgt..umur 6 bulan lbh dah pandai berjalan...pastu dah pandai cakap ALLAHUAKHBAR & YA ALLAH dengan jelas..xpelat langsung..sekarang umur br 2 tahun lebih bercakap macam budak dah 5 tahun..langsung xpelat..sampaikan abg ipar saya nak hantar dia ke sekolah tahun nie, sbb lupa dia br nak msk 3 tahun...dia punya cerdik sampai kita xperasan budak tu lum 3 tahun pn lg..bercakap dah mcm orang dewasa..dia pulak pandai mengajar abang dia..kalau blk kg siap pesan kt abg " Nnt balik kg jumpa nenek ngan atuk jangan lupa salam tau..!!" hehehe..pandai bebenor...klu org pmpn xpakai tudung pn dia marah..dia siap cakap dosa tau xpakai tudung..mama dia dalam umh pn dia suh pakai tudung..tp dia mmg suka pakai tudung..sampai kena ajar, org lelaki kena pakai songkok, pompuan pakai tudung..klu lelaki pakai tudung berdosa, sbb mcm pmpn..tp klu pmpn xpki tudung dosa sbb x tutup aurat...alhamdulillah..sampai sekarang dia ingat...tu yg dia suka tegur klu org x pki tudung..kadang2 smpai malu mama dia bl budak tue sound org yg pakai tudung...hehehe...

So dari 2 pengalaman yg saya perhatikan, baik kita ikut sunnah yang nabi dah suruh..bukti dah nampak dengan jelas. Insyaallah, klu ada rezeki sy mengandung, sy pun nak amalkan minum jus kurma gak..mudah2an anak2 saya pun bijak macam tu jugak..AMIN...


daripada,
-yang bernama-


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

P/S:MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Ni sume copy & paste yea....renung2kan dan selamat beramal

4 comments:

HATYCIKNUURUL said...

salam,.

oo,gitu ye,.bru tau keterbalikan fkta,.huhu,.slame ni org kate mse ngndung,mnum soya,nnti ank putih gebu,.tp rpenyer ade bhn kmia,.
sy xkwen lg tp bnde ni sgt mmberi sy ilmu,.boley share ngn kwn2,.
thanks,nice info,.

Hanis_Zieti said...

sila2..:-)

mommylavender said...

mugkin soya baik untuk kulit....mommy masa mengandung anak sulung,mmg byk minum soya,,,,alhamdulillah..kulit cantik..tapi tak pulak lambat brjln nberckap malah boleh mmbaca pd usia 4 tahun...n skrang dah masuk u pun.kurma mmg baik..n pembelajaran berterusan penting.....

Nurun said...

oh...taktau ade kes cmtu. biase dgr org ckp minum soya utk kulit ank jd putih.
kurma tu mmg tak dinafikn lg khebatannya.

Post a Comment