Monday, March 22, 2010

Arini March 22nd ,2010=32 weeks & 4 days=3rd trimester=52 days to go...
So untuk itu aku nk share la sket utk tatapan bakal mummy2 kat luar sane ape yg ptt di pk kan bila time2 cmni...ape yg ptt kena wat,kena beli...perlu ke beli? sume tu akan jd tanda tny..maklumla 1st bebey..termasuk la aku sendiri..

So far,sume persiapan utk our bebey dah siap..tgu ari jeeee..:-) tp gambar2 tu akan di upload kan kemudian ari yea..utk bakal mummy2,sila2 la jenguk kot2 ade yg berkenan di hati kat bawah ni ade senarai2 keperluan utk mummy and bebey:

Untuk baby:
* tuala mandi
* tuala muka
* pampers atau lampin
* pin besar (safety pin)
* baju kain kapas (lengan pendek dan panjang)
* seluar panjang/pendek
* sarung kaki/sarung tangan
* selimut/Kain bedung
* Kain barut perut
* Wet tissue(tisu basah)
* Set wangian baby(syampu,bedak,lotion,mandian)
* Minyak yu yee/kayu putih/telon
* Kapas/putik kapas
* Pengetip kuku
* Sikat bulu lembut
* pelapik getah plastik
* Katil
* Tilam/Bantal
* Kelambu
* Tab/besen Mandi
* Botol susu
* Termos
* Berus botol
* Beg untuk letak barang baby ke hospital

Untuk ibu selepas bersalin

* Breast pump
* Set lepas bersalin/Kain bekung

Senarai keperluan bayi di hospital( Dari atas)
• 2 helai tuala mandi
• 2 helai selimut/kain bedung
• 20 helai kain lampin / pampers
• 2 pin besar
• Baju/seluar
• 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan

Senarai keperluan ibu di hospital
• Tuala mandi
• Tuala muka
• Tuala wanita bersalin
• Baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
• 1 helai pakaian biasa
• 2 pasang stokin
• 1 pasang selipar
• Coli khas untuk menyusu
• 2 pasang pelapik coli/breastpad
• 5 helai seluar dalam pakai buang
• sikat
• berus gigi dan ubat gigi
• barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
• pakaian untuk pulang ke rumah
• bahan bacaan
• susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM

Senarai yang perlu dibawa oleh bapa

• surat rujukan doktor
• kad pengenalan anda
• kad pengenalan suami anda
• surat nikah
• wang

Lain-lain keperluan:
Ni pulak list barang2 yg tak semestinya kena beli.. tgk bajet dan keperluan la kan...
Barang Besar
1. Bakul rotan utk isi brg baby / baby carrier cot
2. Play pen
3. Stroller
4. Travelling cot
5. Baby car seat
6. Buaian
7. kereta sorong
8.kerusi beroda (walker)
9.kerusi makan bayi
10. kerusi keselamatan kereta

p/s:Harap berguna utk kita sume....MySpace

1 comments:

MUMMYAR said...

hi zieti...nnt jawab tag kt blog i ye...hehe..

Post a Comment